Slot #throwback kali ini mengimbau percutian di Surabaya, Indonesia. Dikatakan sejarah pertembungan antara Sura (Ikan yu) dan Buaya.
Tempat dituju adalah Tugu Pahlawan, Bandar Surabaya, Taman Safari Indonesia II, Monumen Kapal Selam, Monumen Sura & Buaya, Puncak Bromo (Gunung Berapi), Kebun Apel Agrowisata Batu, Air Terjun Coban Rondo, Lumpur Lapindo, Masjid Muhammad Cheng Ho, dan kawasan sekitar Surabaya.
Malangnya perjalanan ke Puncak Bromo mengambil masa yang lama kerana kesesakkan lalu lintas menyebabkan kami sampai lewat dan hari sudah gelap. Tiada penginapan yang disewa maka kami pulang tanpa sempat melihat suasana sekitar Gunung Berapi Bromo.
Jika berpeluang, singgah di Taman Safari Indonesia II dengan konsep melawat zoo di dalam kenderaan sendiri. Tidak lupa mengunjungi mana-mana lokasi air terjun yang ada kerana keunikannya tersendiri antaranya Air terjun Coban Rondo yang tinggi sehingga suasana sekeliling di hujani kabus daripada air terjun tersebut.
Berkunjung ke Kebun Apel (Apple) di Agrowisata, Batu, Surabaya pada musim buah amat menguntungkan kerana cuaca yang sejuk dan buah Apel boleh dipetik dengan tangan oleh pelancong sendiri. Terdapat perbezaan rasa dan ranum Apel disini berbanding apel yang dijual di pasar. Mereka juga memproses sendiri Apel tersebut untuk dibuat jus minuman, jem, dan sebagainya.